Pengertian Mengulang Kaji
CARA-CARA Mengulang Kaji
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses Mengulang kaji adalah:
- Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
- Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
- Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
- Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
- Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
- Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk Mengulang kaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza.
Ada pakar yang mengatakan bahawa masa Mengulang kaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat Mengulang kaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan.
Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses Mengulang kaji.
Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses Mengulang kaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.

Anda mungkin perlu membuat ulang kaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.
No comments:
Post a Comment