Friday 21 November 2014

Tuesday 18 November 2014

SOROTAN MINGGU-MINGGU TERAKHIR SESI PERSEKOLAHAN 2014

Hujan lebat kadang-kadang reda bermula semalam....bumi smar dibasahi hujan rahmat di penghujung tahun 2014











Friday 26 September 2014

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3

Sesi Pentaksiran Psikometrik PT3 bagi pelajar Tingkatan 3 selesai diadakan pada hari Rabu bersamaan 24 September 2014 dari jam 10.00 pagi sehingga 1.30 ptg. Petaksiran melibatkan tiga kertas iaitu Kertas 1 dan 2 (Kecerdasan Pelbagai) dan Iventori Minat Kerjaya Sesi 2. Pelajar Tingatan 5 yang berminat untuk menjawab Inventori Minat Kerjaya juga dialu-alukan sebagai panduan dan arah tuju anda untuk memilih bidang pekerjaan.




Wednesday 3 September 2014

PRAY FOR GAZA

Assalamualikum...disini saya ingin berkongsi kekreativitian warga SMAR dalam meluahkan sokongan mereka terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Karya-karya lukisan ini dibuat sendiri oleh mereka secara sukarela tanpa diminta oleh mana-mana guru dan mereka berkongsi karya mereka ini dengan menampalnya di papan kenyataan sekolah untuk ditatap oleh semua warga SMAR.
SYABAS!!









*Mohon pihak sekolah menghargai usaha pelajar ini dengan memberi sedikit ganjaran kepada hasil karya terbaik sebagai galakan kepada pelajar.

Thursday 21 August 2014

BILIK KAUNSELING TERKINI???

Assalamualaikum...ingin melihat keadaan bilik kaunseling terkini?? di bawah ini dikongsikan satu gambar untuk memberi sedikit gambaran situasi bilik tersebut. Sekiranya anda ingin melihat lebih lanjut...sila 'klik' tab BILIK KAUNSELING untuk melihat gambar seterusnya.

*Sekiranya para guru berminat menggunakan bilik ini untuk sebarang tujuan PdP, bolehlah mendapatkan kunci bilik dengan guru kaunseling.

Saturday 9 August 2014

KEHEBATAN OTAK

SILA LIHAT RAJAH DI BAWAH



Kalau mata kita mengikuti gerakan pusingan bulatan warna ungu, kita hanya akan melihat satu warna, ungu. Fokuskan mata kita ke tanda + hitam di tengah, bulatan yang berpusing berubah warnanya ke hijau… Sekarang, consentrate ke tanda + hitam di tengah - tengah gambar. Dalam waktu yang singkat, pelahan-lahan bulatan ungu akan menghilang, dan hanya akan kelihatan satu bulatan hijau yang berpusing. 

Sangat mengagumkan bukan cara otak kita bekerja. Sebenarnya tidak ada bulatan hijau dan bulatan ungu sebenarnya juga tidak hilang. Rasanya cukup membuktikan bahwa kita tidak selalu melihat apa yang kita fikirkan. kita melihatnya..

Wednesday 23 July 2014

SESI DIALOG BERSAMA IBU BAPA DAN HARI PELAPORAN

Sempena hari pelaporan peperiksaan pertengahan tahun, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi taklimat, motivasi dan dialog bersama ibu bapa. Hal ini bertujuan sebagai berkongsi resepi kejayaan anak jagaan masing-masing di samping memberi sedikit taklimat tentang PT3 dan strategi sekolah dalam memastikan kejayaan pelajar. Semoga acara-acara begini lebih kerap diadakan agar dapat mengeratkan silaturahim warga pendidik SMAR dan ibu bapa.







HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI LEBARAN

Assalamualaikum...di sini saya berkongsi sedikit warna-warni warga SMAR yang akan mula bercuti sempena menyambut lebaran tahun ini. Unit BBK berharap pelajar dapat memanfaatkan waktu cuti dan menggunakannya dengan aktiviti berfaedah. Jauhi daripada bermain mercun....sekiranya pulang ke kampung, pandulah dengan cermat. Unit BBK memohon ampun dan maaf serta kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.








Friday 11 July 2014

TAZKIRAH RAMADHAN

Assalamualaikum...salam pagi jumaat buat warga Smar. Selepas perhimpunan pagi tadi, para pelajar termasuk guru telah mendengar sedikit ceramah yang disampaikan oleh Kaunselor sekolah iaitu Cikgu Seh Zainuddin b Seh Baharom. Tajuk tazkirah adalah "Adab-Adab Berpuasa. Berikut adalah sedikit informasi yang disampaikan di dalam tazkirah tersebut:

Adab berpuasa diantaranya ialah:
1. Menjaga Penglihatan
2. Menjaga Pendengaran
3. Menjaga Lidah - jangan menipu, mengumpat
4. Menjaga anggota badan yang lain.
5. Jangan makan terlalu banyak
6. Perlu ada rasa takut - takut puasa tidak diterima

Ingatkan diri sentiasa bahawa "Aku Sedang Berpuasa"







p/s: selamat pulang ke kampung, cuti 4 hari ini gunakanlah sebaiknya. Jumpa hari Rabu nanti InsyaAllah.