Wednesday 11 February 2015

PETA MINDA I-THINK

Kelas: 1 Au
Subjek: Sejarah Bab 3 - Kerajaan Awal
Guru: Cikgu Noorul Hidayu Khalid

Tahniah cikgu Ayu kerana mempraktikkan kursus KBAT yang lalu dengan melatih pelajar-pelajar menggunakan peta minda I-Think. Terima kasih kerana berkongsi gambar hasil lukisan pelajar.




Monday 9 February 2015

"MENU SARAPAN SIHAT SAYA"

Kelas: 2 Khalid Al Walid
Masa: 1.15 - 2.25 ptg
Subjek: Sains
Topik: Bab 2 Nutrisi

*Memberi peluang kepada pelajar untuk mencipta resepi sihat sarapan pagi mereka dengan mementingkan 7 kelas makanan di dalam piramid makanan. Penglibatan sepenuhnya pelajar dari mula menyediakan menu sehingga membentangkan hasil perbincangan mereka. Tahniah. Kreatif.



Proses menyediakan resepi


 


Thursday 5 February 2015

Pengajaran Kolaburatif

Kelas: 3 Abu Hurairah
Masa: 8.50pg - 9.25pg
Subjek: Sains Tingkatan 3 (Bab 2)
Topik: Struktur Jantung dan fungsinya

Terima kasih kepada Cikgu Ayu (Biologi) kerana kesudian beliau berkongsi ilmu dan teknik mengajar struktur jantung. Alhamdulillah, pelajar memahami topik ini kerana cikgu Ayu mengajar teknik melukis jantung yang sangat mudah.