33 Ciri Pelajar Cemerlang
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Ilusi Optik
Ilusi optik adalah ilusi yang terjadi kerana kesalahan penangkapan mata manusia . Ada anggapan konvensional bahawa ada ilusi yang bersifat fisiologi dan ada ilusi yang bersifat kognitif.
Ilusi Fisiologi , seperti yang terjadi pada afterimages atau kesan gambar yang berlaku setelah melihat cahaya yang sangat terang atau melihat pola gambar tertentu dalam waktu lama. Ini diduga merupakan kesan yang berlaku pada mata atau otak setelah mendapat rangsangan tertentu secara berlebihan .
Ilusi kognitif dianggap terjadi kerana anggapan fikiran terhadap sesuatu di luar. Pada umumnya ilusi kognitif dibahagikan menjadi ilusi kabur, ilusi penyelewengan, ilusi paradoks dan ilusi fiksional .
(A). Ilusi kabur , gambar atau objek boleh ditafsirkan secara berlainan. Contohnya adalah: Kubus Necker .
(B). Ilusi penyelewengan, terdapat penyelewengan saiz, panjang atau sifat keluk (lurus lengkung). Contohnya adalah: Ilusi Dinding Kafe .
(C). Ilusi paradoks disebabkan kerana objek yang paradoksikal atau tidak mungkin, misalnya pada segi tiga Penrose atau 'tangga yang mustahil', seperti misalnya terlihat pada karya seni grafik MC Escher , berjudul "Naik dan Turun" serta "Air Terjun".
(D). Ilusi fiksional ditakrifkan sebagai persepsi terhadap objek yang sama sekali berbeza bagi seseorang tapi bukan bagi orang lain, seperti disebabkan kerana schizoprenia atau halusinogen. Ini lebih tepatnya disebut dengan halusinasi .
MENGAPA NIAT BELAJAR KERANA ALLAH TENGGELAM DI TENGAH JALAN
Seperti
sudah menjadi satu budaya. Setelah mendapat keputusan peperiksaan atau
hendak memasuki tahun atau semester yang baru, azam akan dipasang untuk
berusaha dengan lebih baik. Menariknya, niat akan diperbaharui untuk
belajar kerana Allah. Namun, setelah berada di pertengahan jalan,
apabila diuji dengan kuiz, peperiksaan dan ‘assignment’ yang
banyak, tanpa disedari niat yang dipasang itu tenggelam dan fokus hanya
kepada satu iaitu mencapai keputusan yang terbaik walau apa cara sekali
pun.
Inilah
satu kitaran, mungkin bagi sebahagian pelajar. Ya, siapalah kita
manusia untuk menilai niat orang lain, padahal hanya Allah yang berhak
menilai. Namun, tanda-tanda tidak ikhlas pasti ada. Apapun, kita yang
peminjam hati sendiri perlu banyak bermuhasabah. Apakah setiap usaha
kita ini disulami dengan niat kerana Allah semata-mata atau sebaliknya?
Pada
kali ini, penulis nak membantu anda semua untuk memastikan niat kita
dapat dikekalkan daripada awal hingga akhir. Niat yang baik sangat
cantik dipasang jika disertakan dengan amalan yang baik, tidak sekadar
memasang semata-mata. Penulis pasti, ramai tertanya-tanya mengapa
mula-mula niatnya kerana Allah tetapi di pertengahan jalan cara hidupnya
seolah-olah tidak menggambarkan niat tersebut. Ada yang sanggup tidur
lewat untuk mengulangkaji pelajaran, namun waktu Solat Subuh diabaikan.
Tawakkal itu Kunci Utama
Dalam
dunia pelajaran pasti ramai pernah dengar akan tips-tips belajar iaitu
usaha, doa dan tawakkal. Tawakkal atau berserah diri merupakan satu
kunci utama dalam usaha kita mencapai kejayaan. Kita perlu berserah
sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha dan berdoa kepada-Nya. Kita
kena yakin bahawa setiap keputusan pada akhirnya ialah terbaik yang
Allah beri.
Jika
setiap pelajar benar-benar memahami dan menghayati tentang konsep
tawakkal ini, mereka akan belajar mengikut kapasiti mereka dan yakin
dengan apa yang mereka belajar. Mungkin ada sebahagian kita, walaupun
dah belajar semua, namun masih ada rasa tak cukup dan tak yakin pada
diri. Akhirnya banyak lagi masa yang akan digunakan untuk belajar,
padahal masa yang ada itu boleh dimanfaatkan untuk perkara lain.
Perkara
ini sangat mustahak kerana masih ramai pelajar kita yang masih lagi
kurang berbakti untuk umat kerana takut pelajarannya akan terganggu.
Jika masa muda kita dihabiskan hanya untuk akademik semata-mata, maka
rugilah kita kerana kita ada tenaga dan idea untuk disumbangkan. Namun,
akibat terlalu takut dengan prestasi pelajaran, sedikit demi sedikit
kita semakin jauh daripada semangat untuk menyumbang. Kesannya, kita
akan menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri dalam keadaan
yang tidak sedar kerana pada saat umat Islam sedang memerlukan kita,
adakah kita sanggup untuk menjawab kepada mereka, “Aku ada exam.”?
Berbeza
dengan orang yang berserah diri kepada Allah sepenuhnya. Setelah
menelaah buku-buku atau membuat latihan yang secukupnya, dia akan
menggunakan masa lapangnya untuk berbakti kepada umat atau membuat
perkara yang bermanfaat. Dia tidak akan hanya menghabiskan waktu
hidupnya di tempat belajar hanya untuk belajar semata-mata. Dia bukan
tidak mementingkan pembelajaran, namun dia tahu bila dia akan rasa
cukup.
Selain
itu, setelah berserah diri, seharusnya diri anda perlu bersedia untuk
menerima apa jua keputusan. Jika anda yakin bahawa keputusan itu terbaik
yang Allah beri, maka anda akan sukar untuk kecewa sekiranya tidak
dapat apa yang hendak dicapai. Bukan itu sahaja, anda juga tidak akan
sewenang-wenangnya menyalahkan faktor luar menjadi penghalang kejayaan
anda. Anda akan banyak bermuhasabah atau setidak-tidaknya anda akan
sedar mungkin ada berlaku kekurangan dalam cara atau strategi
pembelajaran anda. Selepas itu, anda akan memperbaiki cara atau strategi
belajar anda, bukan menghukum diri dengan menyekat segala aktiviti luar
atau kurangkannya seperti yang pernah dilakukan sebahagian pelajar.
Perlu Tahu Batas Diri
Pelajar
perlu tahu batas diri mereka. Tidak boleh belajar sehingga mengabaikan
‘ibadah yang lebih utama terutamanya solat fardhu. Kesihatan juga perlu
dijaga. Belajarlah hidup sederhana, iaitu berusaha sebaik mungkin namun
berhenti jika telah sampai pada batasnya. Belajarlah dengan tenang dan
yakin.
Mungkin
juga akibat tidak mahir dalam menguruskan tekanan menyebabkan niat kita
tenggelam di tengah perjalanan. Kalaulah kita tahu dan sedar bahawa
soalan peperiksaan yang susah, ‘assignment’ yang
banyak atau dugaan yang lain itu merupakan satu ujian daripada Allah,
dan kita pula bersabar dan bersyukur ketika diuji, alangkah hebatnya
kita. Ketika kita hendak memasang niat kerana Allah, kita perlu sedar
bahawa kita juga perlu melalui ujian-ujian dalam dunia pembelajaran yang
akan memaksa niat murni kita itu untuk tenggelam. Jika kita tidak
melakukan persiapan untuk itu, maka niat asal kita juga akan tenggelam.
Akhir
sekali, penulis sarankan agar kita sama-sama sentiasa semak semula niat
kita di sepanjang perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar
terutamanya setelah kita diduga dengan ujian. Semoga kita sentiasa kekal
dalam jalan yang diredhai Allah.
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG :)
SURAH AL-MUJAHADAH:11 “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”
SURAH AL-ZUMAR:9 “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”
SURAH AL-FATHIR:28 “Sesungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu”
Sabda RASULULLAH S.A.W yang bermaksud
“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.
Sabda RASULULLAH S.A.W yang bermaksud
“Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china”
Sabda RASULULLAH S.A.W yang bermaksud
“Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam”
RASULULLAH S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik dari kamu solat sunat 100 rakaat”
RASULULLAH S.A.W bersabda: “Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adlah pertanyaan, dari itu bertanyalah! Sesungguhnya setiap kali ada yang bertnya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu: yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar yang mengintai mereka”
RASULULLAH S.A.W bersabda: “Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya (menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan dibumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak. (HADITH RIWAYAT ABU DAUD , TIRMIZI & IBNU HIBBAN)
Sabda RASULULLAH S.A.W “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yg tersebut) dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa”
Daripada ABU HURAIRAH berkata: RASULULLAH S.A.W bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan badi orang itu kerana ilmu adalah jalan menuju ke syurga.”
SAIDINA ALI ra kepada KAMIL BIN ZIYAD :“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, Dan harta, sebaliknya semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”
“IMAM MAZHAB” iaitu IMAM SYAFIE katanya : “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan di akhirat, disamping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.”
IMAM AL-GHAZALI dalam ‘Al-Iqtisad Fi Al-I’tiqad’ menulis, “Perumpamaan akal adalah laksana penglihatan yang sempurna dan tidak cacat. Sedangkan perumpaamaan al-Quran adalah seperti matahari yang cahayanya tersebar merata, hingga memberi kemudahan bagi para pencari petunjuk.”
IMAM HASAN AL-BANNA : “Mencintai dan memuji orang soleh kerana amal perbuatan mereka yang baik, dapat mendekatkan diri kepada ALLAH swt .”
FATAH AL-MAUSHILI rahimahullah menjelaskan, “Bukankah si pesakit itu apabila tidak diberikan ubat, dia kan mati!” Orang ramai menjawab, “Benar katamu!” Fatah al-Maushili berkata lagi, “Demikian pulanya sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”
Kata-kata nasihat seorang pujangga MUADZ BIN JABAL R.A “Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya sebab ALLAH adalah kasyah. Menuntutnya adalah ibadat, mempelajarinya adalah tasbih dan mencarinya adalah jihad. Mengajarnya kepada orang tidak mengetahui adalah sedekah dan menyerahnya kepada ahlinya adalah taqarrub. Sesungguhnya, ilmu adalah teman dekat dalam bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”
No comments:
Post a Comment