Thursday 26 June 2014

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KLIP VIDEO PPDa PERINGKAT NEGERI PAHANG 2014

Assalamualaikum....selamat petang kepada warga SMAR yang dikasihi. Alhamdulillah, Sekolah Menengah Agama Rompin telah berjaya memenangi tempat kedua di dalam pertandingan membuat Klip Video lagu tema PPDa peringkat negeri. SMAR telah menghantar 3 orang pelajar yang terlibat bertungkus-lumus membina klip video yang mengambil masa hampir satu bulan. Pelajar tersebut adalah:
1. Muhamad Firdaus Yusri (Pengerusi Unit BBK)
2. Muhammad Afif Kamal
3. Muhammad Ariff Arshad

Tahniah kepada pelajar terbabit. Semoga kemenangan pelajar ini memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk sama2 berbakti memasyhurkan nama sekolah. Tahniah sekali lagi. InsyaAllah unit BBK akan berkongsi tayangan video terbabit di perhimpunan rasmi Isnin nanti.





Thursday 19 June 2014

PROGRAM MENTOR MENTEE 2014

Hari ini bersamaan Khamis 19 Jun 2014 telah diadakan sesi pertama perjumpaan Mentor Mentee peringkat Sekolah Menengah Agama Rompin yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Perjumpaan pertama ini diadakan sebagai sesi perkenalan Mentor bersama Mentee supaya mereka saling mengenali dan lebih rapat diantara satu sama lain. Di bawah ini disertakan gambar-gambar yang sempat diambil semasa program sedang berjalan.













Thursday 5 June 2014

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2014 Di Malaysia

Selepas bulan Mei diadakan pelbagai acara istimewa untuk meraikan hari ibu, pada bulan Jun pula khusus untuk anak meraikan golongan bapa di seluruh dunia. Sebagai anak yang bersifat menghargai, bagi mereka sememangnya kasih dan pengorbanan bapa tiada tolok bandingannya mahupun diganti dengan harta yang mencurah-curah.



Pun begitu, sering kali sambutan Hari Ibu lebih menonjol daripada sambutan Hari Bapa. Oleh itu, bagi tidak melupakan jasa golongan bapa dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa, tidak keterlaluan rasanya jika kita membelanjakan sedikit hasil dan meluangkan masa bersama bapa yang sudah membesarkan kita. Bagi menghargai kasih bapa buatlah kejutan dengan membawa insan ini antaranya menikmati hidangan lazat makan malam sambil membelikan sesuatu yang menepati minat dan citarasa beliau, pastinya akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kekeluargaan

*Untuk info, di Malaysia sambutan hari bapa diraikan pada Ahad ketiga di bulan June setiap tahun. Bagi tahun 2014 ia disambut pada 15 Jun ini

sumber: http://www.mysumber.com/tarikh-sambutan-hari-bapa-2013-di-malaysia.html