Wednesday 28 January 2015

PROGRAM BEBAS BULI

Tarikh: 26 Jan 2015
Hari: Isnin
Masa: 8.00 - 8.30 pagi

Unit BBK mengadakan program pertamanya tahun ini dengan Bebas Buli. Taklimat diberi kepada pelajar tentang bentuk buli, akibat dan tindakan pihak sekolah sekiranya pelajar terbabit dengan buli.














Thursday 22 January 2015

SALAM PERKENALAN 2015

Bismillahirrahmanirrahim....dan Assalamualaikum kepada semua warga Sekolah Menengah Agama Rompin yang disayangi sekalian. Salam 2015 buat anda semua...maaf kerana sedikit terlewat untuk mengemaskini blog kesayangan SMAR ini. InsyaAllah tahun ini akan lebih banyak ilmu yang bakal dikongsi di dalam blog ini...dan akan ada wajah-wajah baru yang akan kami perkenalkan. Semoga SMAR akan terus cemerlang untuk tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang.

Sebelum saya akhiri coretan kali ini, suka sekali saya berkongsi gambar Pokok Markisa yang telah pun membuahkan hasil. Terima kasih buat Cikgu Noorul Hidayu Khalid kerana berjaya menanam pokok ini tahun lepas.




"Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah...fikir-fikirkan..."