SALAM...Unit BBK Sma Rompin menasihatkan para pelajar untuk menjaga kesihatan sepanjang musim jerebu ini. Jangan berada di luar dan mendedahkan diri pelajar dengan jerebu. Keadaan matahari yang panas terik pada waktu petang pula boleh menyebabkan 'Heat Stroke' sekiranya kite terdedah terlalu lama. Disini unit BBK ingin berkongsi cara yang betul memakai topeng telinga:
1.
Gambar menunjukkan topeng muka 3 lapisan yang ada di pasaran. Basuh
tangan sebelum memakai. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk
mengelakkan pencemaran.
2.
Kenalpasti bahagian atas dan bawah, dalam dan luar. Tetulang besi ialah
bahagian atas. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar.

3. Letak penyangkut topeng
muka dengan kemas di belakang
telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang
kepala).

4. Tetulang besi hendaklah ditekan mengikut bentuk
hidung dan muka.

5. Kemaskan topeng pada pada bahagian pipi.

6. Topeng muka mesti menutupi kawasan hidung,
mulut dan dagu. Bernafaslah seperti biasa.

7.
Jangan menyentuh bahagian tengah topeng apabila menanggalkannya kerana
bahagian ini berkemungkinan mengandungi kuman. Pegang pada
penyangkut/tali.
8. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan
bahagian tengah topeng dilipat ke dalam atau bungkus dalam beg plastik
sebelum dibuang dalam tong sampah.
9. Basuh tangan.
Penukaran Topeng
Dalam keadaan di bawah, penukaran topeng penutup mulut adalah sangat disarankan :
* Selepas bersin atau
batuk.
* Berada dalam kedudukan 3 kaki dengan orang yang bersin atau batuk yang tidak memakai topeng penutup mulut.
* Bila-bila masa yang dirasakan perlu terutama setelah yakin ia telah tercemar.
* Apabila topeng rosak, basah atau berhabuk.
No comments:
Post a Comment