Monday, 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU

Assalamualaikum...maaf agak terlewat untuk post entry tentang Hari Guru. Alhamdulillah, SMA Rompin telah mengadakan sambutan Hari Guru pada tarikh 16 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat. Sebelum berskongsi sedikit kemeriahan sambutan tersebut, cikgu ingin menimbulkan persoalan kepada pembaca blog sekalian, kenapa perlu meraikan hari guru?

Hari guru disambut sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menghargai jasa guru dalam mendidik anak bangsa. Sehubungan itu, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid. Guru merupakan antara insan terpenting dalam membantu pelajar menentukan hala tuju masa depan masing-masing.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Di bawah ini dikongsikan beberapa tema yang pernah digunakan sepanjang sambutan Hari Guru: 
  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  42. 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  43. 2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
  44. 2014 Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Wednesday, 7 May 2014

Tips Gaya Hidup Sihat Cara Hinohara

Dr. Shigeaki Hinohara dari Jepun telah mencapai umur 101 tahun pada 4 Oktober 2012 yang lalu dan telah berkhidmat sebagai seorang doktor dan pengajar perubatan selama 97 tahun, dan beliau merupakan doktor yang berkhidmat paling lama di dunia. Beliau banyak memberi khidmat nasihat dan petua tentang gaya hidup sihat. Semua ini termuat dalam 150 buah yang ditulisnya sejak berumur 75 tahun, termasuk buku terkenal yang berjudul “Living Long, Living Good” yang telah berjaya dijual lebih daripada 1.2 juta salinan.
hinohara
Sebagai ringkasan, di antara 15 petua (tips) dan pemikiran Dr. Shigeaki Hinohara bagi mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya panjang umur ialah:
1. Tenaga datang daripada rasa bahagia atau seronok (feeling good) bukannya daripada makanan yang baik atau tidur yang banyak. Bayangkan semasa zaman kanak-kanak, kita seronok main sehingga lupa makan dan minum. Keadaan seperti ini boleh juga digunakan bagi orang dewasa. Jangan bebankan diri kita dengan peraturan-peraturan yang ketat dan banyak, seperti masa tertentu bagi makan tengahari, masa bagi tidur, dan lain-lain sehingga tidak ada fleksibiliti.
2. Semua orang yang panjang umur, tidak kira bangsa, jantina, negara, dsb. selalunya berkongsi satu perkara iaitu TIDAK GEMUK dan mempunyai berat badan yang ideal.
Bagi menjaga berat badan, Dr. Hinohara mengamalkan cara pemakanan berikut:
Sarapan pagi
- Minum kopi, segelas susu dan sedikit jus oren dengan campuran satu sudu makan minyak zaitun. Minyak zaitun sangat baik untuk arteri dan kulit yang sihat.
Makan tengah hari 
- Susu dan beberapa keping cookies, atau tidak makan langsung kalau dia terlalu sibuk dengan kerja. Dia tidak pernah rasa lapar kerana fokusnya hanya terhadap kerja yang dilakukan.
Makan malam
- Sayur-sayuran, sedikit ikan dan nasi, dan 2 kali seminggu dia akan makan lebih kurang 100 gram daging tanpa lemak.
3. Selalu buat perancangan awal bagi jadual kerja dan aktiviti harian untuk tempoh setahun, bagi memastikan jadual kerja yang sistematik, licin dan tidak ada aktiviti yang tertinggal.
4. Tidak perlu bersara awal dari kerja jika masih mampu lagi bekerja, jika hendak bersara, bersaralah selepas umur 65 tahun.
5. Kongsi apa yang anda tahu dengan orang lain, sama ada dengan mengajar, menulis, memberi kursus, dan sebagainya.
6. Apabila anda sakit dan doktor ada mengesyorkan supaya dibuat pembedahan, anda tanya doktor tersebut sama ada dia akan mengesyorkan yang serupa kepada isteri dan anak-anaknya. Doktor tidak mampu mengubati dan menyembuhkan setiap orang. Jadi, kenapa kita mesti melalui kesakitan pembedahan yang tidak perlu. Dr. Hinohara percaya bahawa terapi muzik dan terapi haiwan sangat membantu berbanding pembedahan yang tidak berapa perlu.
7. Untuk sentiasa sihat, selalulah menggunakan tangga dan bawa barang-barang sendiri. Langkah setiap dua mata tangga dapat membantu pergerakan otot yang sihat.
8. Inspirasi Dr. Hinohara ialah puisi Robert Browning “Abt Vogler“. Dia berkata: “It encourages us to make big art, not small scribbles. It says to try to draw a circle so huge that there is no way we can finish it while we are alive. All we see is an arch; the rest is beyond our vision but it is there in the distance.
9. Kesakitan adalah misteri dan rasa seronok adalah cara terbaik untuk melupakan kesakitan. Contohnya, kanak-kanak yang sakit gigi, apabila kita bermain “game” yang disukai bersamanya, ia akan cepat melupakan kesakitannya kerana leka dan seronok bermain. Serupa juga bagi orang dewasa, lakukan sesuatu yang menyeronokkan dan membahagiakan supaya kesakitan yang ditanggung tidak terasa.
10. Jangan terlalu terpesona dengan sesuatu benda yang anda lihat kerana benda tersebut tidak boleh anda bawa ke tempat baru.
11. Hospital mestilah direkabentuk dan bersedia untuk menerima pesakit dan mangsa bencana alam yang tidak dijangka.
12. Sains sahaja tidak dapat mengubat, menyembuh atau membantu manusia. Sains hanya dapat menyatukan semua pakar perubatan untuk bekerjasama tetapi sakit ditanggung oleh individu. Setiap orang adalah unik dan penyakit adalah berkait rapat dengan hati nurani masing-masing. Bagi mengetahui sakit seseorang dan ingin membantunya, doktor bukan sahaja memberi ubat tetapi juga perlu gunakan seni merawat pesakit supaya pesakit rasa selesa dan selamat, dan ini dapat membantu memulihkan penyakit dengan cepat.
13. Kehidupan penuh dengan peristiwa yang kadang-kadang tidak dijangka atau disangka, jadi hadapilah dengan sebaik-baiknya.
14. Cari idola atau seseorang yang boleh dijadikan contoh atau ikutan, dan tetapkan matlamat dengan tempoh masa tertentu untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang telah dicapai oleh idola tersebut. Seboleh-bolehnya cuba capai kejayaan yang lebih baik daripada apa yang telah dicapai oleh idola anda.
15. Dr. Hinohara seronok hidup lama. Sehingga umur 60 tahun, beliau menumpukan kehidupannya terhadap keluarga dan kerjayanya dengan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Selepas umur 60 tahun, beliau mula menumpukan kehidupannya terhadap kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat sebagai sukarelawan. Pada umur yang lanjut, beliau masih seronok melakukan kerja-kerja amal 18 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini bermakna, seluruh sisa-sia hidupnya hanya untuk kerja-kerja amal.

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Tuesday, 6 May 2014

PEMENANG PROJEK KITAR SEMULA TINGKATAN 1

Assalamualaikum....seperti yang dijanjikan, hari ini cikgu akan berkongsi pemenang projek kitar semula setiap kelas. Pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut:

1 Khalid Al-Walid - projek ini dipilih kerana telah menggunakan 100% bahan kitar semula tanpa megeluarkan walau apa-apa perbelanjaan. Pelajar-pelajar ini sangat kreatif dengan menghasilkan bunga hanya dengan kertas suratkhabar, botol yang digunakan adalah daripada botol kicap dan batang bunga diperbuat daripada lidi sate. Tahniah diucapkan.



1 Abu Hurairah - Pelajar menggunakan satu jenis bahan sahaja iaitu botol dan telah berjaya membina roket yang kreatif. Tahniah juga.


Friday, 2 May 2014

PROJEK KITAR SEMULA

Assalamualaikum....pada minggu yang lalu, para pelajar tingkatan 1 telah diberi tugasan untuk merekacipta projek menggunakan bahan-bahan hasil kitar semula. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi mengisi tuntutan matapelajaran Sains Bab 4 Kepelbagaian Sumber Di Bumi bagi subtopik Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Alhamdulillah melalui projek ini kita dapat mencungkil kekreativitian pelajar SMAR di kalangan pelajar tingkatan 1. Semoga aktiviti ini dapat sedikit-sebanyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran sekaligus membuka minat pelajar dalam bidang-bidang keseniaan. Dibawah ini dikongsikan projek-projek yang telah berjaya mereka bina. InsyaAllah, pada entri minggu hadapan saya akan umumkan pemenang bagi projek ini.

TINGKATAN 1 KHALID AL WALID
Algebra
Elephant Army
Saintis Muda
Aqua Ekstream
Berilmu Bertakwa

 TINGKATAN 1 ABU UBAIDAH
 








TINGKATAN 1 ABU HURAIRAH
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 1 May 2014

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Semasa Belajar

1. Pasang Niat
Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya.

2. Belajar dalam jangka waktu yang pendek
Ini penting. Selepas 1 jam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda.

3. Dapatkan tidur yang cukup 
Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.

4. Minum Air Masak
Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian.

5. Bacaan Doa
” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.