Assalamualaikum...salam pagi jumaat buat warga Smar. Selepas perhimpunan pagi tadi, para pelajar termasuk guru telah mendengar sedikit ceramah yang disampaikan oleh Kaunselor sekolah iaitu Cikgu Seh Zainuddin b Seh Baharom. Tajuk tazkirah adalah "Adab-Adab Berpuasa. Berikut adalah sedikit informasi yang disampaikan di dalam tazkirah tersebut:
Adab berpuasa diantaranya ialah:
1. Menjaga Penglihatan
2. Menjaga Pendengaran
3. Menjaga Lidah - jangan menipu, mengumpat
4. Menjaga anggota badan yang lain.
5. Jangan makan terlalu banyak
6. Perlu ada rasa takut - takut puasa tidak diterima
Ingatkan diri sentiasa bahawa "Aku Sedang Berpuasa"
p/s: selamat pulang ke kampung, cuti 4 hari ini gunakanlah sebaiknya. Jumpa hari Rabu nanti InsyaAllah.