Wednesday, 2 July 2014
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR LEMAH
Assalamualaikum...hari ini pada tarikh 2 Julai 2014, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak PIBG sekolah telah mengadakan program motivasi bersama pelajar-pelajar lemah semua tingkatan. Kursus ini telah disampaikan oleh AJK PIBG sendiri iaitu En Zamri b Mariman.
CERAMAH BULI DAN PENGISIAN ROHANI
Assalamualaikum...pada tarikh 26 JUN 2014 bersamaan Khamis yang lalu, Unit BBK telah mengadakan slot motivasi kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Slot ini berlangsung dari jam 11.00 pagi sehingga 2.25 ptg sebagai mengisi kekosongan sebilangan guru-guru yang tiada di sekolah kerana menghadiri kursus PT3.
Sesi 1: Taklimat PT3 oleh Cikgu Zunormaindatu Ikhma bt Ab Samat (SU PT3)
Sesi 2: Ceramah Buli oleh Cikgu Noradilah bt Zakariah (Guru Kaunseling)
Sesi 3: Pengisian Rohani dan Solat Jemaah bersama Cikgu Seh Zainuddin b Seh Baharom
(Kaunselor)

Thursday, 26 June 2014
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KLIP VIDEO PPDa PERINGKAT NEGERI PAHANG 2014
Assalamualaikum....selamat petang kepada warga SMAR yang dikasihi. Alhamdulillah, Sekolah Menengah Agama Rompin telah berjaya memenangi tempat kedua di dalam pertandingan membuat Klip Video lagu tema PPDa peringkat negeri. SMAR telah menghantar 3 orang pelajar yang terlibat bertungkus-lumus membina klip video yang mengambil masa hampir satu bulan. Pelajar tersebut adalah:
1. Muhamad Firdaus Yusri (Pengerusi Unit BBK)
2. Muhammad Afif Kamal
3. Muhammad Ariff Arshad
Tahniah kepada pelajar terbabit. Semoga kemenangan pelajar ini memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk sama2 berbakti memasyhurkan nama sekolah. Tahniah sekali lagi. InsyaAllah unit BBK akan berkongsi tayangan video terbabit di perhimpunan rasmi Isnin nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)