Wednesday, 23 July 2014

SESI DIALOG BERSAMA IBU BAPA DAN HARI PELAPORAN

Sempena hari pelaporan peperiksaan pertengahan tahun, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi taklimat, motivasi dan dialog bersama ibu bapa. Hal ini bertujuan sebagai berkongsi resepi kejayaan anak jagaan masing-masing di samping memberi sedikit taklimat tentang PT3 dan strategi sekolah dalam memastikan kejayaan pelajar. Semoga acara-acara begini lebih kerap diadakan agar dapat mengeratkan silaturahim warga pendidik SMAR dan ibu bapa.







HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI LEBARAN

Assalamualaikum...di sini saya berkongsi sedikit warna-warni warga SMAR yang akan mula bercuti sempena menyambut lebaran tahun ini. Unit BBK berharap pelajar dapat memanfaatkan waktu cuti dan menggunakannya dengan aktiviti berfaedah. Jauhi daripada bermain mercun....sekiranya pulang ke kampung, pandulah dengan cermat. Unit BBK memohon ampun dan maaf serta kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.








Friday, 11 July 2014

TAZKIRAH RAMADHAN

Assalamualaikum...salam pagi jumaat buat warga Smar. Selepas perhimpunan pagi tadi, para pelajar termasuk guru telah mendengar sedikit ceramah yang disampaikan oleh Kaunselor sekolah iaitu Cikgu Seh Zainuddin b Seh Baharom. Tajuk tazkirah adalah "Adab-Adab Berpuasa. Berikut adalah sedikit informasi yang disampaikan di dalam tazkirah tersebut:

Adab berpuasa diantaranya ialah:
1. Menjaga Penglihatan
2. Menjaga Pendengaran
3. Menjaga Lidah - jangan menipu, mengumpat
4. Menjaga anggota badan yang lain.
5. Jangan makan terlalu banyak
6. Perlu ada rasa takut - takut puasa tidak diterima

Ingatkan diri sentiasa bahawa "Aku Sedang Berpuasa"







p/s: selamat pulang ke kampung, cuti 4 hari ini gunakanlah sebaiknya. Jumpa hari Rabu nanti InsyaAllah.